Bicara Sejarah (Eksklusif): Menyelusuri Sejarah Awal Penubuhan UiTM Cawangan Terengganu

Tarikh : 24 Jun 2025, Selasa
Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE)
Penceramah : Puan Marlizaton Omar, Isteri kepada Allayarham Tuan Haji Mutalib Ismail, Mantan Timbalan Pengetua ITM Kampus Sura Gate.
Platform : Siaran Langsung di Youtube Channel dan bersemuka.
Penglibatan: 285 orang peserta
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu dan Fakulti Sains Maklumat UiTM Cawangan Kelantan

Sempena sambutan 50 Tahun UiTM Cawangan Terengganu (1975-2025), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT telah membawaka khas Puan Marlizaton Omar, Isteri kepada Allahyarham Tuan Haji Mutalib Ismail, Mantan Timbalan Pengetua ITM Terengganu untuk berkongsi sejarah awal penubuhan ITM Terengganu dan kisah di sebalik pembukaan universiti tercinta ini.

Bicara sejarah ini menyingkap kembali detik-detik penting penubuhan awal UiTM Cawangan Terengganu, khususnya di Kampus Sura Gate, Dungun. Disampaikan oleh Puan Marlizaton Omar, isteri kepada Allahyarham Tuan Haji Mutalib Ismail – mantan Timbalan Pengetua ITM Dungun – perkongsian ini merupakan suatu catatan lisan berharga yang membawa kita kepada pemahaman lebih mendalam tentang susur galur dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membina institusi pendidikan unggul di Pantai Timur ini. Program ini bukan sahaja mengangkat sejarah penubuhan UiTM, tetapi juga mengetengahkan peranan individu-individu penting yang menjadi tulang belakang kejayaan institusi ini sejak era awal penubuhannya.

Program bicara eksklusif ini sangat istimewa dengan kehadiran dua puluh orang mantan staf UiTMCT yang telah berkhidmat pada awal penubuhan UiTMCT. Mereka dibawa ke pameran Jejak Sejarah UiTM (1975-2025) yang disediakan oleh Unit Arkib Cawangan UiTMCT yang menggamit memori awal perkhidmatan mereka. Turut dijemput khas ialah para pelajar daripada Fakulti Sains Maklumat, UiTM Cawangan Kelantan yang dipimpin oleh Puan Noor Azreen Alimin, Pensyarah Kanan. Program ini juga disiarkan secara langsung di platform Youtube dan mendapat sambutan yang amat baik.

Antara intipati sesi perkongsian oleh Puan Marlizaton Omar adalah seperti berikut:-

a) Latar belakang penubuhan ITM Terengganu (kini UiTM Cawangan Terengganu)

    • Asal-usul penubuhan ITM di Dungun
    • Pemilihan tapak Kampus Sura Gate
    • Cabaran awal dalam membina dan mengoperasikan Kampus.

    b) Peranan Allahyarham Tuan Haji Mutalib Ismail pada waktu itu

      • Peranan beliau sebagai Timbalan Pengetua ketika itu
      • Kepimpinan dalam aspek pembangunan infrastruktur dan akademik
      • Hubungan beliau dengan komuniti setempat dan staf

      c) Suasana sekitar tapak cadangan kampus pada awal era penubuhan

        • Kehidupan pelajar dan pensyarah
        • Keterbatasan kemudahan dan semangat perjuangan membina masa depan.
        • Peristiwa penting dan kenangan bersejarah

        d) Transformasi dari ITM ke UiTM

        • Legasi yang ditinggalkan oleh tokoh-tokoh terdahulu.
        • Perkembangan fizikal dan akademik dari era awal penubuhan ke hari ini.

          Gambar di atas merupakan simbolik penyerahan fail peribadi Allahyarham Tuan Haji Mutalib Ismail, Mantan Timbalan Pengetua ITM Terengganu, kepada isteri beliau.

          Pelajar-pelajar Fakulti Sains Maklumat UiTM Cawangan Kelantan.

          Bergambar kenangan bersama mantan staf UiTMCT dan penceramah.

          Bicara sejarah ini bukan sekadar satu perkongsian sejarah; kenangan dan pengalaman, malah merupakan suatu penghargaan terhadap pengorbanan dan jasa insan-insan hebat yang membina asas kukuh UiTM Cawangan Terengganu. Puan Marlizaton Omar telah memberikan naratif yang menyentuh jiwa dan membuka mata warga UiTM terhadap nilai sejarah, kecekalan dan perjuangan yang menjadi tunjang kepada kejayaan institusi hari ini. Semoga pengkisahan ini menjadi inspirasi buat generasi kini dan akan datang untuk terus memartabatkan UiTM sebagai institusi unggul demi agama, bangsa dan negara.

          Disediakan oleh: Abd Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

          Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

          Leave a Reply