Sesi Libat Urus Perkhidmatan bersama Program Pengajian UiTMCT – Fakulti Perakaunan

Tarikh: 12 Jun 2025, Khamis
Masa: 2.00 petang sehingga 3.30 petang
Platform: Dalam Talian melalui GoogleMeet
Anjuran: Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Penglibatan: 26 orang pensyarah Fakulti Perakaunan

Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pensyarah dari Fakulti Perakaunan, yang diadakan melalui patform dalam talian iaitu GoogleMeet pada 12 Jun 2025, Khamis yang lalu. Seramai 26 orang pensyarah telah menyertai sesi yang diketuai oleh Dr. Siti Nurhazwani Kamarudin, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan.

Sesi libat urus ini telah dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Ketua Unit Perkhidmatan Perpustakaan. Pengisian penting yang telah disampaikan dalam sesi ini ialah penerangan berkaitan:-
a) perkhidmatan terkini yang ditawarkan di perpustakaan
b) statistik penglibatan fakulti bagi perkhidmatan perpustakaan pada tahun sebelum
c) mendapatkan maklumbalas berkaitan bagi menyokong kecemerlangan pembelajaran, pengajaran, penulisan, dan penyelidikan universiti.

Selain pembentangan, sesi ini juga memberi peluang kepada pihak pensyarah terlibat untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan komen berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan untuk penambahbaikan bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah Fakulti Perakaunan UiTMCT atas kehadiran dan komitmen dalam menjayakan sesi libat urus perkhidmatan perpustakaan ini.

Semoga kita dapat sama-sama dapat menjayakan inisiatif pembudayaan ilmu dan meningkatkan penggunaan sumber rujukan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan bagi melahirkan graduan UiTM yang lebih cemerlang dan berpengetahuan pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply