Program Jelajah Ilmu SULAM RISE: Read, Inspire, Seek & Explore

Tarikh: 24 Jun 2025, Selasa
Tempat: Laman Korporat, Bangunan Integriti, UiTM Cawangan Terengganu
Penglibatan:
– 29 orang pelajar Diploma Teknologi Elektrik dari Kolej Vokasional Dungun, sebagai peserta, diiringi 3 orang pensyarah.
– 26 orang pelajar Fakulti Sains Maklumat UiTM Cawangan Kelantan sebagai AJK Program, diiringi seorang pensyarah
– 4 orang staf Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu sebagai AJK Program

Ringkasan:
Sempena Karnival Perpustakaan 2025 UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), telah diadakan Program SULAM RISE: Read, Inspire, Seek & Explore pada 24 Jun 2025, Selasa. Program ini merupakan hasil kolaborasi antara Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun, Fakulti Sains Maklumat UiTM Cawangan Kelantan, dan Kolej Vokasional Dungun.

Bertempat di Laman Korporat, Bangunan Integriti, UiTMCT Kampus Dungun, program yang dijalankan dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang ini melibatkan penyertaan seramai 29 orang pelajar Diploma Teknologi Elektrik dari Kolej Vokasional Dungun, yang dibahagikan kepada lima buah kumpulan. Program ini dikendalikan oleh seramai 26 orang mahasiswa dari Fakulti Sains Maklumat UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) dan 4 orang staf Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT. Pengisian utama ialah program berkonsepkan explorace yang melibatkan tujuh checkpoints di sekitar UiTMCT yang mana ianya memberi peluang kepada peserta untuk meneroka, belajar dan berinteraksi secara aktif dalam persekitaran ilmu.

Majlis telah dirasmikan oleh En. Shahrol Nizam Johol, Ketua Bahagian Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu merangkap Pengerusi Karnival Perpustakaan 2025.

Program ini bukan sahaja mencetus semangat kolaboratif antara institusi, malah memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar selaras dengan semangat pembudayaan ilmu dan penghayatan nilai SULAM. Inisiatif penganjuran tiga penjuru ini dilihat sebagai kerjasama strategik dalam memberi manfaat pengalaman ilmu dan pengurusan program kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikannya.

Senamrobik ringkas sebelum mula program.
Antara aktiviti pada checkpoint yang disediakan.
Kerjasama menyelesaikan masalah.
Penyampaian Cenderahati kepada Cik Asmahani Abdullah sebagai wakil Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT.
Penyampaian Cenderahati kepada Hajah Zainon Jaafar sebagai wakil Kolej Vokasional Dungun.
Penyampaian Cenderahati dari Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT kepada Fakulti Sains Maklumat UiTMCK .

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang digarapkan dan mendapatkan maklumbalas positif daripada semua peserta yang hadir. Semoga kerjasama antara semua pihak yang terlibat dapat diteruskan pada masa akan datang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP).

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply