Meet and Greet PTAR bersama Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Cawangan Melaka

24 Jun 2025, Selasa – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Meet and Greet PTAR bersama Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Cawangan Melaka. Program dijalankan pada 10.00 pagi, di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program dihadiri oleh  Dr. Sharmiza Abu Hassan, Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka, bersama 3 orang staf PTAR UiTM Cawangan Melaka, terdiri daripada Cik Hazlin Ibrahim Khan, Timbalan Ketua Pustakawan (M), Puan Salina Salehin, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Hasil dari sesi Meet and Greet ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus. 

Inti pati daripada perbincangan dua hala ini, membincangkan beberapa perkara yang melibatkan PTAR dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dalam meningkatkan literasi maklumat melalui program-program yang dijalankan secara bersasar oleh kedua belah pihak, menjalinkan kerjasama strategik dalam memenuhi keperluan pelajar, perancangan kolaborasi bersama, mengemaskini maklumat penerbitan  penyelidikan dan Sistem PERMATA Search. 

PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di atas kesudian hadir di dalam sesi Meet and Greet ini. PTAR berharap inisiatif ini akan membawa manfaat yang besar kepada semua pihak terlibat dan seterusnya menyokong visi dan misi UiTM Melaka dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Sekitar sesi Meet and Greet sedang dijalankan

Ditulis oleh: Nur Atikah binti Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply