8 Mei 2025 – PTAR Alam Bina telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Dekan Fakulti Alam Bina (FAB) baru-baru ini. Lawatan ini disertai oleh Puan Hanani Rojikin, yang kini mengambil alih tugas sebagai Ketua Perpustakaan PTAR Alam Bina menggantikan Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof berikutan pertukaran tempat bertugas. Puan Hanani turut ditemani oleh Puan Rohayu dalam pertemuan yang berlangsung dalam suasana santai dan mesra. Pelbagai idea dan cadangan telah dikongsi bersama Dekan FAB bagi memperkukuh kerjasama strategik, khususnya dalam memperkasa sokongan maklumat dan perkhidmatan perpustakaan kepada warga fakulti. Pertemuan ini juga menjadi medan untuk mengeratkan hubungan profesional sambil membina jalinan komunikasi yang lebih erat dan harmoni.”
