Program Inbound Antarabangsa – Southwest Forestry University (SWFU), Kunming, China.
16 MEI 2025 | JUMAAT
Lokasi: Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.
Seramai 60 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring dari Southwest Forestry University (SWFU), Kunming, China telah menyertai Program Inbound Antarabangsa yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai sistem pendidikan, kemudahan akademik serta budaya pembelajaran di UiTM Cawangan Pahang.
Sebagai sebahagian daripada pengisian program, para peserta telah mengunjungi Perpustakaan Al-Bukhari, di mana mereka diberi penerangan berkenaan:
Fasiliti dan kemudahan yang ditawarkan perpustakaan
Perkhidmatan yang menyokong proses pembelajaran dan penyelidikan
Sistem PERMATA UiTM – sistem pengurusan bahan dan maklumat perpustakaan yang memudahkan akses kepada sumber digital dan fizikal
Lawatan berpandu (library tour) ke seluruh ruang perpustakaan
Sesi penerangan telah disampaikan dengan penuh maklumat oleh Puan Nurfarawahidah, Pustakawan Kanan UiTM, yang memperkenalkan fungsi perpustakaan sebagai pusat ilmu dan sokongan akademik yang penting di kampus.
Program ini bukan sahaja memperkenalkan keunikan UiTM kepada pelajar antarabangsa, malah turut memperkukuh jaringan hubungan akademik antara dua institusi pendidikan tinggi.









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan