PROGRAM PEMBUDAYAAN ILMU : EXERCISE YOUR BRAIN WITH CROSSWORD PUZZLE

Merbok, 11 Jun 2025 – Program Exercise Your Brain with Crossword Puzzle telah berjaya diadakan dengan tujuan melatih dan mengasah minda pelajar dan staf UiTM dalam mengingat dan keupayaan berfikir serta membantu dalam meningkatkan keupayaan bacaan pantas Dalam era pendidikan yang semakin mencabar, keupayaan untuk mengingat dan menguasai maklumat secara berkesan menjadi satu keperluan penting bagi setiap pelajar. Program ini adalah untuk menyokong kepada KPI 5 Bilangan Penyertaan Program Budaya Ilmu, melatih dan meningkatkan fungsi minda agar lebih cerdas dan aktif.

Peserta mula mendaftar.

Program yang dianjurkan ini mempunyai objektif utama untuk mengasah minda dan memori bukan sahaja dalam kalangan pelajar, tetapi juga staf Universiti Teknologi MARA (UiTM), dengan matlamat menyeluruh untuk memperkasa keupayaan kognitif seluruh warga kampus. Secara spesifik, inisiatif ini dirancang untuk meningkatkan daya ingatan dan hafalan pelajar serta staf menerusi siri latihan minda yang terancang, sekali gus memperkukuh asas pembelajaran dan produktiviti. Selain itu, program ini turut berperanan penting dalam meningkatkan penggunaan bahan bacaan perpustakaan dalam kalangan komuniti UiTM. Hal ini secara tidak langsung menggalakkan budaya literasi, penyelidikan, dan pembelajaran sepanjang hayat, memastikan sumber ilmu yang tersedia dapat dimanfaatkan secara optimum demi kemajuan akademik dan profesional.

Sebahagian peserta yang telah sertai Program Exercise Your Brain with Crossword Puzzle.

Pada 17 Jun 2025, pihak Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan Program Exercise Your Brain with Crossword Puzzle bersama Warga UiTM Cawangan Kedah di Aras Bawah Perpustakaan Sultan Badlishah yang bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Program ini dikendalikan oleh beberapa orang kakitangan Seksyen Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah dan telah disertai oleh 56 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Kedah.

Secara keseluruhannya, program Exercise Your Brain with Crossword Puzzle anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) dengan kerjasama Kelab Bachelor of Library Science (BliBS) UiTM Cawangan Kedah telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program penganjuran bersama antara PSB dan BLiBS telah membuktikan keberkesanan kerjasama strategik dalam melahirkan program yang bermanfaat dan bermakna.

Penulis : Muhamad Azrul Ayob, Pembantu Pustakawan Tertinggi

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply