Program Speed Reading Bersama Pelajar Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Merbok, 15 Mei 2025 – Program Speed Reading bersama pelajar Kolej Vokasional Sungai Petani 2 merupakan inisiatif pembudayaan ilmu Perpustakaan Sultan Badlishah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kewujudan teknik dan kaedah bacaan pantas yang boleh dipelajari melalui latihan bacaan pantas yang disediakan. Program ini merupakan satu usaha merealisasikan Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2025 Key Performance Index (KPI) 5 – Bilangan Penyertaan Program Budaya Ilmu dan Performance Index (PI) 8 – Bilangan Penyertaan Komuniti Program Kolaborasi Perpustakaan dan juga Performance Index Universiti – Number of Reading and Literacy Initiatives Conducted / Coordinated / by PTAR UiTM.

Objektif program ialah memberi pendedahan tentang kaedah dan teknik bacaan pantas ketika membaca, meningkatkan tahap pembacaan dan pemahaman, memberi pendedahan tentang pengiraan kadar bacaan dalam bentuk per minit sebelum dan selepas pembelajaran. Selain itu, memberi pendedahan tentang punca dan faktor yang melambatkan dan mempercepatkan bacaan.

Program ini telah dilaksanakan pada 15 Mei 2025 (Khamis) dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi bertempat di Kolej Vokasional Sungai Petani 2. Program ini dikendalikan oleh Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan serta dibantu oleh Puan Mazuriah Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan. Seramai 30 orang pelajar telah menyertai program ini.

Penulis : Muhamad Azrul Ayob, Pembantu Pustakawan Tertinggi

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply