Program Pembudayaan Ilmu Speaker’s Corner

Merbok, 27 Mei 2025 – Program Speaker’s Corner merupakan galakkan perkongsian ilmu oleh pelajar UiTM dalam memupuk budaya ilmu dan perkembangan pengetahuan melalui pengucapan awam ataupun dipanggil sebagai ‘public speaking’. Pelaksanaan program ini mensasarkan penyertaan kehadiran daripada pelbagai kategori iaitu staf UiTM, pelajar UiTM dan orang awam.

Objektif program ini ialah meningkatkan kemahiran komunikasi di hadapan khalayak ramai dan memberi ruang kepada individu untuk mengatasi ketakutan berucap di khalayak ramai dan membina keyakinan dalam menyampaikan idea. Secara tidak langsung membantu menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat melalui sesi perkongsian yang bermanfaat.

Program Speaker’s Corner bersama pelajar dari Kelab Bachelor of Library Science (BliBS) UiTM Cawangan Kedah ini telah dilaksanakan pada 27 Mei  2025, Selasa dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi  bertempat di Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Sultan Badlishah. Program ini diadakan secara fizikal dan secara maya yang disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube rasmi perpustakaan. Kehadiran bagi program ini adalah sangat menggalakkan iaitu seramai 137 penyertaan dari pelajar UiTM, staf UiTM dan juga orang awam.

Berikut adalah senarai 15 orang peserta yang terlibat beserta tajuk-tajuk yang telah dipilih.

  1. Alia Syazlina Mohd Yusri Tajuk: Three Signs of Mental Exhaustion
  2. Auni Basyirah Faqihah Hassin Tajuk: Three Ways to Deal With Stress
  3. Darin Safia Hani Noraidy Tajuk: Three Things to Avoid Posting Online
  4. Faizal Syakirin Romli Tajuk: Three Benefits of Using Social Media Wisely
  5. Muhamad Irfan Azmi Tajuk: Three Things to Avoid Before Bedtime
  6. Muhammad Nirman Atif Mohd Azrool Rizal Tajuk: Three Benefits of Staying Hydrated
  7. Nor Atirah Mohd Rahalim Tajuk: Three Ways Smartphone Make Life Easier
  8. Nur Aleah Hanan Mat Sulaiman Tajuk: Three Ways How to Manage Time Better as A Student
  9. Nur Ellysha Che Mohd Shafie Tajuk: Three Habits of Productive Students
  10. Nurin Amani Ahmad Maulana Tajuk: Three Signs of Personal Growth
  11. Nurin Sofea Suziyana Tajuk: Real Life VS Online Life
  12. Nurulamiratussolehah Johari Tajuk: Three Causes of Burnout in Students
  13. Sahira Ahmad Tajuk: Three Simple Ways to Stay Motivated
  14. Umairah Shamsulnizam Tajuk: Three Ways of Using Social Media for Learning
  15. Wan Nur Nabilah Insyirah Wan Rozaini Tajuk: Three Ways How to Improve Our Focus

Penulis : Muhamad Azrul Ayob, Pembantu Pustakawan Tertinggi

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply