Merbok, 15 Mei 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) UiTM Cawangan Kedah telah berjaya melaksanakan Program Kerjasama Pembudayaan Ilmu : Literasi Maklumat Bersama Kolej Vokasional Sungai Petani 2, Sungai Petani, Kedah. Program ini merupakan salah satu usaha merealisasikan Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2025 iaitu Key Performance Index (KPI) 5 – Bilangan Penyertaan Program Budaya Ilmu dan Performance Index (PI) 8 – Bilangan Penyertaan Komuniti Program Kolaborasi Perpustakaan dan juga Performance Index Universiti – Number of Reading and Literacy Initiatives Conducted / Coordinated / by PTAR UiTM. Program ini memberikan impak positif kepada pihak Kolej Vokasional Sungai Petani 2 dalam perkongsian ilmu pengetahuan baharu yang boleh dimafaatkan dalam pembelajaran pelajar di kolej.
Objektif program perpindahan ilmu ini dilaksanakan adalah memberi pendedahan tentang kaedah pencarian maklumat atas talian bagi bahan-bahan ilmiah, mengembangkan ilmu pengetahuan mengenai kepentingan literasi maklumat dan memudahkan pencarian dan dapatan maklumat yang tepat dan menjimatkan masa.





Program ini memberikan pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf di luar UiTM mengenai kepentingan literasi maklumat dan kaedah-kaedah pencarian maklumat secara digital yang boleh digunakan dalam pencarian bahan-bahan ilmiah bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran.
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 Mei 2025 (Khamis) dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Mutiara, Kolej Vokasional Sungai Petani 2, Sungai Pertani, Kedah. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Omar Zainol, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Perpustakaan sebagai penceramah dan dibantu oleh 3 orang Pembantu Pustakawan Kanan iaitu Puan Mazuriah Ahmad, Puan Norismaliza Che Oon dan Encik Zakaria. Seramai 215 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai program pengajian Kolej Vokasional telah menyertai program ini.
Kelancaran pelaksanaan program ini telah memberikan satu impak positif dan manfaat kepada pihak Kolej Vokasional Sungai Petani 2 dan pihak penganjur iaitu Perpustakaan Sultan Badlishah, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah dalam pengembangan dan perkongsian ilmu pengetahuan berkaitan literasi maklumat dan peranan penting pihak perpustakaan yang menyokong dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar UiTM. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Penulis : Mazuriah Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan