Program Library Street UiTMCT Kampus Dungun Sesi Mac – Ogos 2025

Siri 1/2025
Tarikh: 21 Mei 2025, Rabu
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Makan Kolej Perhentian

Siri 2/2025
Tarikh: 11 Jun 2025, Rabu
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Makan Kolej Tenggol

Siri 3/2025
Tarikh: 18 Jun 2025, Rabu
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Dataran Dewan Jasmin

Siri 4/2025
Tarikh: 2 Julai 2025, Rabu
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Dataran Dewan Jasmin

Ringkasan:
Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun telah mengadakan Program Library Street UiTMCT Kampus Dungun sebanyak 4 kali kekerapan bagi Sesi Mac – Ogos 2025, yang diadakan di tiga buah lokasi tumpuan pelajar. Program ini merupakan inisiatif program library outreach yang bertujuan membawa perkhidmatan dan bahan bacaan terus kepada warga universiti di luar bangunan perpustakaan. Pelbagai aktiviti ini telah dilaksanakan bagi menarik minat warga terutama pelajar terhadap budaya membaca. Melalui pendekatan yang lebih santai dan terbuka, perpustakaan dapat berinteraksi secara langsung dengan pelajar sambil mempromosikan perkhidmatan dan koleksi yang tersedia.

Antara pengisian program pembudayaan ilmu yang telah disusun dalam siri ini seperti pendedahan kepada penggunaan aplikasi mudah alih berkaitan perpustakaan, perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku, kuiz ilmu interaktif, Celik Jawi, cabutan pengunjung bertuah, serta pameran koleksi bahan bacaan baharu yang merangkumi novel, buku ilmiah dan majalah.

Secara keseluruhannya penganjuran program ini berjaya mencapai matlamatnya dalam mendekatkan warga universiti dengan dunia ilmu dan membaca. Sambutan pengunjung yang memberangsangkan serta penyertaan aktif dalam aktiviti yang disediakan membuktikan bahawa pendekatan luar perpustakaan seperti ini dirasakan berkesan dalam memupuk budaya membaca. Program ini akan diteruskan dan diperluas bagi memberi manfaat kepada lebih ramai warga UiTM Terengganu Kampus Dungun selepas ini untuk siri seterusnya di lokasi yang berlainan.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply