Tarikh: 28 Mei 2025, Rabu
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Lokasi: SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun dan Kelab SKATER UiTM Cawangan Terengganu (Kelab seliaan perpustakaan)
Penglibatan:
– 5 orang staf Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
– 20 orang ahli Kelab SKATER
– 135 orang Pelajar Tahun 2 dan Tahun 3
– 40 orang Pengawas Pusat Sumber
– Guru-guru SK Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Pengisian:
⭐️Bengkel Library Xplore: Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan Perkongsian Teknik Bacaan Pantas bersama Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Sesi yang dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) ini memfokuskan kepada Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah, termasuk hands-on pengkelasan bahan di perpustakaan. Juga disampaikan ialah Teknik Bacaan Pantas yang dikendalikan oleh Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan Kanan, kepada peserta yang hadir, bertujuan sebagai kemahiran tambahan yang boleh memupuk minat membaca bermula daripada Pengawas Pusat Sumber Sekolah sebagai duta ilmu di sekolah tersebut. Pengisian ini diselang-selikan dengan kuiz mudah bagi menarik perhatian para peserta untuk lebih fokus.






⭐️Program i-Xplorace bersama Pelajar Tahun 2 dan 3
Aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan pelajar Tahun 2 dan 3 dalam bentuk eksplorasi ilmiah dan permainan berasaskan solusi berkumpulan berkaitan ilmu pengetahuan dan literasi maklumat yang terbahagi kepada lima lokasi check-points, bagi menggalakkan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan, bertemakan kerjasama berkumpulan. Peserta dibahagikan kepada sepuluh kumpulan bagi menyertai aktiviti ini mengikut giliran.









⭐️Sesi Menandatangani Sijil Jaringan Kolaborasi Menjayakan Program Jelajah Ilmu UiTMCT x SK IPG KDRI
Disempurnakan oleh Tuan Hj. Azmi bin Yusof (Guru Besar SK IPG KDRI) dan Cik Asmahani Abdullah (Timb. Ketua Pustakawan (M) (KUP) UiTMCT merangkap Penasihat Kelab SKATER).

Program ini disambut baik oleh pihak sekolah sejak dari awal persetujuan program diadakan. Dengan tujuan murni yang bukan sahaja untuk memberi pendedahan awal tentang kepentingan pusat sumber sekolah dan kolaborasi pembudayaan ilmu, program ini juga merupakan pengukuhan hubungan institusi pengajian tinggi dengan komuniti sekolah melalui pendekatan pendidikan yang inklusif dan interaktif.


Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.
Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP).