Tarikh: 29 Mei 2025, Khamis
Masa: 8.30 pagi – 9.00 pagi
Tempat: Sudut AZKA @Library Community Engagement
Penglibatan: 72 orang pelajar STPM SMKTIZ, 24 orang guru pengiring
Ringkasan:
Satu taklimat bagi memperkenalkan persekitaran, perkhidmatan, dan sumber perpustakaan universiti telah diadakan bersempena berlangsungnya Program Kolaborasi Strategik antara Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) UiTM Cawangan Terengganu bersama SMK Tengku Intan Zaharah yang dirasmikan pembukaannya di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT. Para peserta dan guru-guru telah diberi penerangan ringkas berkenaan perpustakaan dan akses maklumat yang disediakan di universiti ini sebagai suntikan kepada para pelajar Tingkatan 6 ini untuk melanjutkan pengajian mereka kelak di UiTM.





Taklimat perpustakaan ini telah disampaikan oleh Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan Kanan. Semoga semua yang disampaikan bermanfaat dan dapat menarik minat para pelajar untuk belajar dengan lebih baik. UiTMCT sentiasa mengalu-alukan semua untuk melanjutkan pelajaran di sini.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.