Tarikh: 15 Mei 2025, Khamis.
Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Bangunan Annex Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun
Anjuran: Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun
Penyertaan: 70 orang peserta warga UiTMCT Kampus Dungun dan komuniti
Ringkasan:
Program Ekspo Selangkah Ke UiTM (ESKU) 2025 anjuran UiTM Terengganu telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bangunan Annex Perpustakaan Cendekiawan selama dua hari bermula 15 (Khamis) dan 16 (Jumaat) Mei 2025.
Sempena penganjuran program tersebut, Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun turut tidak ketinggalan membuka reruai kuiz ilmu santai dengan menyediakan beberapa aktiviti menarik di bawah Program Library Smart Mind Challenge. Ianya merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk memperkasakan pembudayaan ilmu melalui cabaran minda literasi maklumat individu peserta secara interaktif dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang dijalankan pada program ini ialah Cabaran Susun Buku Mengikut Nombor Kelas yang Betul, Library Smart Mind Challenge, dan Pintar Jawi.






Secara keseluruhan, program yang kecil tapi signifikan seperti ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Selain merupakan alternatif kepada pengunjung yang hadir ke reruai ESKU yang dianjurkan; yang mana ahli keluarga dan anak-anak yang hadir turut berpeluang memenuhi masa dengan permainan minda dan aktiviti interaktif ilmu yang disediakan. Sebagai menghargai penyertaan dan sokongan peserta, pihak penganjur turut menyediakan hadiah dan saguhati kepada pemenang dan yang mengambil bahagian dalam aktiviti pada program ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.