Sesi Libat Urus Perkhidmatan bersama Program Pengajian UiTMCT – Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Tarikh: 13 Mei 2025, Selasa
Masa: 10.00 pagi hingga 11.15 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Perpustakaan Cendekiawan
Anjuran: Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Penglibatan: 19 orang pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pensyarah dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan pada 13 Mei 2025, Selasa yang lalu. Sesi libat urus ini telah dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Ketua Unit Perkhidmatan Perpustakaan, dan dibantu oleh Puan Hafsah Mustafa dan Puan Nur Rohaya Razali. Pengisian penting yang telah disampaikan dalam sesi ini ialah penerangan berkaitan:-
a) perkhidmatan terkini yang ditawarkan di perpustakaan
b) statistik penglibatan fakulti bagi perkhidmatan perpustakaan pada tahun sebelum
c) mendapatkan maklumbalas berkaitan bagi menyokong kecemerlangan pembelajaran, pengajaran, penulisan, dan penyelidikan universiti.

Terima kasih diucapkan kepada kesemua 19 orang pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTMCT atas kelapangan masa untuk hadir dan memberi komitmen sepenuhnya dalam menjayakan sesi libat urus perkhidmatan perpustakaan ini. Juga setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Zuriyati Ahmad, Ketua Program Pengajian atas kerjasama persetujuan masa bagi menjayakan sesi ini.

Semoga kita dapat sama-sama menjayakan inisiatif pembudayaan ilmu dan meningkatkan penggunaan sumber rujukan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan bagi melahirkan graduan UiTM yang lebih cemerlang dan berpengetahuan pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply