Sesi Libat Urus Perkhidmatan bersama Program Pengajian UiTMCT – Akademi Pengajian Islam Kontemporari

Tarikh: 8 Mei 2025, Khamis
Masa: 2.30 petang – 3.45 petang
Platform: Dalam Talian melalui GoogleMeet
Anjuran: Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Penglibatan: 16 orang pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pensyarah dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), yang diadakan melalui patform dalam talian iaitu GoogleMeet pada 8 Mei 2025, Khamis yang lalu. Seramai 16 orang pensyarah telah menyertai sesi yang diketuai oleh Dr. Mohd Marbawi Taha, Koordinator Prasiswazah ACIS.

Sesi libat urus ini telah dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Ketua Unit Perkhidmatan Perpustakaan. Pengisian penting yang telah disampaikan dalam sesi ini ialah penerangan berkaitan:-
a) perkhidmatan terkini yang ditawarkan di perpustakaan
b) statistik penglibatan fakulti bagi perkhidmatan perpustakaan pada tahun sebelum
c) mendapatkan maklumbalas berkaitan bagi menyokong kecemerlangan pembelajaran, pengajaran, penulisan, dan penyelidikan universiti.

Selain pembentangan, sesi ini juga memberi peluang kepada pihak pensyarah terlibat untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan komen berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan untuk penambahbaikan bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTMCT atas kehadiran dan komitmen dalam menjayakan sesi libat urus perkhidmatan perpustakaan ini.

Semoga kita dapat sama-sama dapat menjayakan inisiatif pembudayaan ilmu dan meningkatkan penggunaan sumber rujukan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan bagi melahirkan graduan UiTM yang lebih cemerlang dan berpengetahuan pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply