Tarikh: 15 Mei 2025, Khamis
Masa: 2.30 petang hingga 4.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Perpustakaan Cendekiawan
Anjuran: Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Penglibatan: 16 orang pensyarah Akademi Pengajian Bahasa & Undang-undang

Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pensyarah dari Akademi Pengajian Bahasa (APB) dan Undang-undang, yang diadakan pada 8 Mei 2025, Khamis yang lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Cendekiawan. Seramai 16 orang pensyarah telah menyertai sesi yang diketuai oleh Dr. Nurul Ajleaa Abdul Rahman, Ketua Pusat Pengajian APB dan Undang-undang.
Sesi libat urus ini telah dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Ketua Unit Perkhidmatan Perpustakaan, dan dibantu oleh Puan Hafsah Mustafa dan Puan Nur Rohaya Razali. Pengisian penting yang telah disampaikan dalam sesi ini ialah penerangan berkaitan:-
a) perkhidmatan terkini yang ditawarkan di perpustakaan
b) statistik penglibatan fakulti bagi perkhidmatan perpustakaan pada tahun sebelum
c) mendapatkan maklumbalas berkaitan bagi menyokong kecemerlangan pembelajaran, pengajaran, penulisan, dan penyelidikan universiti.
Selain pembentangan, sesi ini juga memberi peluang kepada pihak pensyarah terlibat untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan komen, berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan untuk penambahbaikan bersama.




Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah APB dan Undang-undang UiTMCT atas kehadiran dan komitmen dalam menjayakan sesi libat urus perkhidmatan perpustakaan ini.
Semoga kita dapat sama-sama dapat menjayakan inisiatif pembudayaan ilmu dan meningkatkan penggunaan sumber rujukan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan bagi melahirkan graduan UiTM yang lebih cemerlang dan berpengetahuan pada masa akan datang.
Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)