Program Bicara Fiqh-Kitab Syarah Al-Yaqut Al-Nafis Karangan Al-Syatiri dan Implimentasinya Dalam Metodologi Pengajaran Fiqh Moden

Tarikh : 5 Mei 2025, Isnin
Masa : 12.30 tengah hari – 2.00 petang.
Tempat : Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Siaran Langsung: YouTube Channel Perpustakaan Cendekiawan.
Anjuran : Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun dan Akademi Zakat (AZKA).
Penceramah: Saudara Abdul Rahman Ahmad Tarmizi, Pelajar Sarjana Akademi Pengajian Islam Kontemporasi (ACIS) UiTMCT.
Moderator: Dr. Abdul Wahab Md.Ali, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporasi (ACIS)
Penglibatan : 157 orang peserta

Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT dengan kerjasama Akademi Zakat (AZKA)-MAIWP telah mengadakan Program Bicara Fiqh-Kitab Syarah al-Yaqut al-Nafis Karangan al-Syatiri dan Implikasinya dalam Metodologi Pengajaran Fiqh Moden. Program ini berlangsung bermula pukul 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang pada 5 Mei 2025, Isnin yang lalu. Ianya dijalankan secara bersemuka bertempat di Sudut AZKA@LCE dan bersiaran langsung melalui platform YouTube Channel Perpustakaan Cendekiawan.

Program ini merupakan sebuah inisiatif ilmiah yang bertujuan untuk membincangkan kepentingan dan kandungan kitab turath tersebut dalam konteks pendidikan fiqh masa kini khususnya dalam kalangan pendidik dan pelajar.

Objektif program:
1. Menyampaikan ilmu mengenai kandungan dan struktur Kitab Syarah al-Yaqut al-Nafis kepada umum.
2. Menjelaskan metodologi pengajaran fiqh moden yang bersumberkan kitab turath.
3. Menghubungkan pengajaran fiqh klasik dengan konteks kontemporari, sesuai dengan cabaran semasa.
4. Mengasah kemahiran pedagogi guru fiqh, terutamanya dalam mengadaptasi isi kitab kepada bentuk penyampaian moden (seperti pembelajaran berasaskan masalah, penggunaan teknologi, dan pembelajaran aktif).

Program bual bicara ini telah disampaikan oleh Saudara Abdul Rahman Ahmad Tarmizi, Pelajar Sarjana Akademi Pengajian Islam Kontemporasi (ACIS) UiTMCT dan disertai seramai 157 orang peserta daripada kalangan pelajar Diploma Muamalat dan penyertaan peserta siaran langsung yang ditayangkan pada YouTube Channel Rasmi Perpustakaan Cendekiawan. Rekod Jam Latihan Staf UiTM dan kupon e-merit turut disediakan kepada warga UiTM yang hadir.

Program ini merupakan inisiatif pembudauaan ilmu yang memberi penekanan kepada kepentingan memahami kandungan Kitab Syarah al-Yaqut al-Nafis sebagai rujukan utama dalam fiqh tradisional, khususnya dalam Mazhab Syafi‘i. Kitab ini bukan sahaja menghuraikan hukum-hakam secara terperinci, tetapi juga menekankan pendekatan berhikmah dalam memahami perbezaan pandangan ulama.

Secara keseluruhan, program ini menyeru kepada penyelarasan antara warisan ilmu klasik dan keperluan pendidikan fiqh masa kini, demi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi ilmu, kefahaman dan aplikasi hukum dalam kehidupan moden.

Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply