Bengkel Pengurusan Program Menggunakan Aplikasi Canva X Google Workspace

Tarikh : 7 Mei 2025, Rabu.
Masa : 10.00 tengah hari – 4.30 petang.
Tempat : Makmal Ibnu Saffar, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun
Penceramah:
i. En Ahmad Fathi Azhari Azmi, Pembantu Pustakawan
ii. Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan Kanan
iii. Cik Asmahani Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)
Penglibatan: 30 orang peserta

Pengurusan, perancangan dan pelaksanaan aktiviti dan program menjadi lebih dengan bantuan aplikasi Google Workspace (termasuk Google Calendar, Google Sheets, Google Docs, dan lain-lain) serta Canva. Sebagai langkah memperkasakan keupayaan peserta terutamanya warga UiTMCT dalam menguruskan program secara profesional, pihak Perpustakaan Cendekiawan telah mengadakan perkongsian ilmu melalui Bengkel Pengurusan Program Menggunakan Aplikasi Google WorkSpace & Canva melibatkan semua staf perpustakaan dari ketiga-tiga kampus; Dungun, Kuala Terengganu dan Bukit Besi. Bengkel ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, walau bagaimanapun hanya 30 orang peserta terpilih sahaja telah disenarai pendek untuk menyertai bengkel ini yang diadakan pada 7 Mei 2025, Rabu, bertempat di Makmal Ibnu Saffar, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal kepada para peserta tentang cara memanfaatkan aplikasi-aplikasi ini dalam merancang, menyelaras, dan mendokumentasikan aktiviti atau program secara lebih sistematik memandangkan penganjuran aktiviti dan program merupakan tugasan yang perlu dilaksanakan setiap tahun bagi memenuhi KPI dan PI universiti dan bahagian.

Objektif pelaksanaan bengkel:-
i. Memberi pendedahan praktikal kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi Google Workspace dan Canva bagi merancang, menyelaras, dan mendokumentasikan aktiviti atau program dengan lebih efisien.
ii. Melatih peserta dalam memanfaatkan teknologi terkini untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan program dan memenuhi keperluan era transformasi digital.
iii. Membantu staf perpustakaan melaksanakan aktiviti dan program secara teratur dan sistematik untuk memenuhi sasaran KPI (Key Performance Indicator) dan PI (Performance Indicator) unit/jabatan/universiti.
iv. Meningkatkan interaksi, perkongsian kemahiran, dan mewujudkan kebersamaan di kalangan warga UiTM Cawangan Terengganu dari Kampus Dungun, Kuala Terengganu, dan Bukit Besi melalui latihan dan aktiviti praktikal perkongsian ilmu.

Antara pengisian utama bengkel termasuklah:
• Pengenalan asas dan lanjutan Canva untuk reka bentuk poster dan jadual program mengikut penetapan rasmi universiti.
• Integrasi Google Workspace bagi simpanan dan perkongsian bahan dalam organisasi.
• Penggunaan Google Forms untuk pendaftaran peserta dan maklumbalas program.
• Pelaporan selepas program dalam Media Sosial, Sistem PRIMe-Community Engagement, dan Sistem EIS Perpustakaan

Kemahiran menggunakan aplikasi dan perisian digital sangat penting kepada semua staf UiTM dalam membantu menghasilkan produktiviti kerja yang baik, serta menjimatkan masa. Dengan menggunakan serta menguasai Canva dan Google Workspace, para peserta bengkel dapat menguruskan program dengan lebih mudah sekaligus dapat menghasilkan bahan yang lebih menarik dan professional.

Secara keseluruhannya, peserta bengkel sangat berpuas hati dan memberikan maklum balas yang positif. Kebanyakkan daripada peserta yang hadir berpendapat bahawa pendekatan bengkel ini sangat praktikal dan relevan dengan keperluan sebenar mereka dalam merancang dan melaksanakan program di universiti. Dengan impak positif yang diberikan, kami pihak penganjur berharap perkongsian ilmu dan kemahiran yang diberikan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan program yang dianjurkan sekaligus memperkasakan kemahiran warga UiTMCT yang terlibat.

Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply