Meet and Greet PTAR bersama Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Melaka

20 Mei 2025, Selasa – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Meet and Greet PTAR bersama Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Melaka. Program dijalankan pada 10.00 pagi, di Bangunan KPP3, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dihadiri oleh Dr. Anuar Sopian, Ketua Pusat Pengajian (KPP), Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka, bersama 3 orang staf Perpustakaan  UiTM Cawangan Melaka. 

 Objektif Meet and Greet ini adalah :

  1. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka.
  2. Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka.
  3. Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
  4. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Akademi Pengajian Bahasa.

Sesi dimulakan dengan pembentangan Perkhidmatan Perpustakaan Digital dan Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan yang disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi diakhiri dengan perbincangan dua hala antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka di mana kedua-dua belah pihak terlibat telah mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi kemajuan bersama. 

Hasil dari sesi Meet & Greet ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus. 

Inti pati daripada perbincangan dua hala ini, membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kerjasama strategik di antara PTAR dan Akademi Pengajian Bahasa dalam meningkatkan literasi maklumat melalui program-program yang dijalankan secara bersasar oleh kedua belah pihak, menjalinkan kerjasama strategik dalam memenuhi keperluan pelajar, perancangan kolaborasi bersama dan Sistem PERMATA Search. 

PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Akademi Pengajian Bahasa di atas kesudian hadir di dalam sesi Meet & Greet ini. PTAR berharap inisiatif ini akan membawa manfaat yang besar kepada semua pihak terlibat dan seterusnya menyokong visi dan misi UiTM Melaka dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Sekitar meet and greet sedang dijalankan

Ditulis oleh : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply