SESI PERKONGSIAN JUARA ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC) BERSAMA PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR)

Perkongsian kejayaan PTAR di dalam AKNC telah disampaikan dengan penuh inspirasi oleh Pn. Nor Azwani Mohamad pada 13 Mei 2025 melalui platform Microsoft Teams kepada warga UiTM.

Sesi ini telah membuka ruang kepada warga UiTM untuk menyelami strategi kecemerlangan PTAR melalui pelaksanaan amalan terbaik yang sistematik sepanjang penyertaan AKNC di UiTM serta memupuk budaya penghasilan penulisan Laporan AKNC yang bermutu dan mencapai standard yang ditetapkan.

Hasil komitmen dan budaya penambahbaikan berterusan yang diterapkan, PTAR berjaya dinobatkan sebagai Juara Kategori Bahagian/Pusat/Unit, Pemenang Kategori Bidang Tumpuan Penyampaian Perkhidmatan serta Pemenang Kriteria Kepimpinan di dalam AKNC 2024.

Mohd Alfarabie PTAR Shah Alam

Leave a Reply