Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam dengan bangga menerima kunjungan Delegasi Jawatankuasa Konsultatif Antarabangsa CONSAL XIX yang diketuai oleh Encik Ali bin Rashid, bersama Puan Sofia dan Encik Hussin Ibrahim, bagi membincangkan pelaksanaan lawatan rasmi peserta CONSAL XIX ke PTAR kelak.
Turut hadir memeriahkan sesi libat urus ini ialah:-
En. Ahamad Zubir Mohamad – Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan
En. Ismail Abidin & Pn. Siti Rohayu Mohamad Yusof – Unit Perkhidmatan Pelanggan
Pn. Nurul Farihah Sarmin Panut – Ketua Unit Korporat & Kolaborasi
En. Mohd Alfarabie Mohd Nasir – Pegawai Perhubungan Awam PTAR
Antara lokasi tumpuan semasa lawatan termasuk: Koleksi Khas Jawi
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR)
GESTURZ – Galeri Seni Tuanku Nu Zahirah
PTAR sangat berbesar hati untuk menjadi salah satu destinasi lawatan rasmi antarabangsa dan bersedia menyambut delegasi CONSAL XIX tidak lama lagi! Nantikan detik bersejarah ini bersama kami.


