MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN REPOSITORI “MIMA DIGITAL COLLECTION”

Majlis penyerahan rasmi Projek Pembangunan Repositori “MIMA Digital Collection” telah berlangsung dengan jayanya di pejabat Maritime Institute of Malaysia (MIMA).

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata oleh YBhg. Dato’ Mohamed Suffian Awang, Pengerusi MIMA kepada Ts. Hj. Azizi Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, sebagai tanda penghargaan atas kepakaran dan kerjasama erat dalam pembangunan repositori digital ini.

YBhg. Dato’ Mohamed Suffian turut meluahkan rasa bangga dan terima kasih atas sumbangan besar UiTM dalam menjayakan pembangunan sistem ini yang bermula sejak 6 Mei 2024.

Repositori ini bakal menjadi platform penting dalam pendigitalan dan pemeliharaan koleksi maritim negara.

Layari: https://www.facebook.com/share/p/1BdGikcjBX/

Mohd Alfarabie PTAR Shah Alam

Leave a Reply