
Berlangsung dengan jayanya selama 2 jam, Bahagian Perpustakaan Digital telah mencapai matlamat mengadakan lawatan kerja dan pertemuan dua-hala bersama staf Pusat Kerjaya dan Kaunseling pada 18 April 2025 bersamaan hari Khamis bertempat di Bilik Mesyuarat, Pusat Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Shah Alam.
Perbincangan adalah berkaitan dengan permohonan bahan harta intelek dari pihak PTJ bagi meningkatkan jumlah bahan muat naik ke Repositori Institusi Universiti UiTM. Pihak Bahagian Perpustakaan Digital, PTAR berharap dapat berkolaborasi dalam mendapatkan bahan-bahan penerbitan dari Unit Kerjaya dan Kaunseling. Penerangan berkaitan IR diterangkan oleh Puan Rizana Mohd Radwan. Manakala Puan Hairul Fazzlinyana Mohd Harris selaku Pegawai Psikologi Kanan menerangkan berkaitan dengan koleksi di jabatan beliau.
Selain itu, maklumat berkaitan Platform Data Steward PTAR diterangkan oleh Dr. Adlina Abdullah. Pihak PTAR berharap keterlibatan staf dari Pusat Kerjaya dan Kaunseling boleh menyumbang kepada platform tersebut.
Secara kesimpulan, lawatan kerja ini telah berjaya membuka ruang kepada kedua belah pihak untuk berkolaborasi bagi mencapai KPI dan PI Universiti.