Pada 25 Mac 2025 (Selasa), Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah mengadakan Program World #QuranHour secara hibrid bersempena dengan World #QuranHour yang dijalankan serentak di seluruh dunia pada 24 Ramadan 1446H.
Program ini dilakukan secara fizikal bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE) dan maya iaitu secara siaran langsung menerusi saluran YouTube rasmi Perpustakaan Tengku Anis bermula jam 12:00 Tengah hari sehingga 1:00 Tengah hari.
Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal tahun ini mengangkat Surah Al-Saff sebagai surah pilihan dalam membawa misi #SavingTheUmmah. Bacaan Al-Quran diketuai oleh Encik Muhammad Azim Suhaimi dan telah ditadabbur oleh Ustaz Mohd Khairul Anuar Ismail, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Kelantan.




Pihak PTA mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai program ini sama ada secara fizikal mahupun maya.
Pautan rakaman siaran langsung: https://www.youtube.com/watch?v=wrVZIrNlMtI
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang