PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN LAMAN IQRA’

11 April 2025: Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Laman Iqra’ telah diadakan dengan jayanya oleh Jawatankuasa Penganjur yang terdiri daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI). Penyampaian hadiah bermula jam 9.30 pagi bertempat di setiap Laman Iqra’ daripada pelbagai bahagian, unit dan kolej di UiTM Cawangan Perak. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan pengisian rohani serta memperindah ruang laman dengan elemen keislaman yang menarik.

Tiga pemenang utama telah diumumkan, iaitu Kolej Cempaka Sari (Johan), Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) (Naib Johan) dan Unit Kaunseling (tempat ketiga). Mereka telah menerima hadiah berupa wang tunai, piala dan siijl perhargaan sebagai pengiktirafan atas usaha cemerlang dalam menghias laman masing-masing. Selain itu, lima penyertaan lain turut menerima hadiah saguhati berupa jam dinding dan sijil penghargaan iaitu Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Infostruktur, Kolej Pasir Salak, Unit Kesihatan dan Pejabat Bendahari.

Jawatankuasa penganjur merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua pemenang dan peserta atas komitmen dan kreativiti yang ditunjukkan. Penganjuran pertandingan seperti ini diharapkan dapat memupuk semangat ukhuwah, memperkukuhkan nilai-nilai keislaman serta menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan warga kampus. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan pertandingan ini.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply