PTAR Kejuruteraan ( PKEJ) bersama Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) dengan kerjasama Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) telah menganjurkan program pembudayaan ilmu iaitu Tadabbur Al-Fatihah dan Klinik Syariah.
Program ini telah diadakan pada hari Isnin, 24hb Mac 2025 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan Kuliah C , Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berlangsung dengan jayanya di bawah bimbingan Ustaz Shahrulnizam Akhsan dan Ustazah Norfaizah Yahya. Kami juga menyediakan kemudahan kaunter bayaran zakat fitrah dengan menjemput penolong amil yang dilantik iaitu Ustaz Mohd Bakri Aminudin.
Jemputan pula terdiri daripada staf PTAR dan staf Kolej Pengajian Kejuruteraan yang dihadiri seramai 51 orang.
Tujuan program Tadabbur al-fatihah ini diadakan ialah untuk menyediakan platform semarak ramadhan dengan menganjurkan program ” Bedah Surah” untuk dihayati bersama sejarahnya dan menghayati kepentingan surah al-fatihah sebagai ummu kitab (pembuka al-quran dan pembuka bacaan).
Untuk program klinik syariah, para jemputan program boleh mengajukan soalan kepada ustaz dan ustazah bertemakan 5 prinsip syariah iaitu menjaga agama,menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta. Tetamu juga diberi peluang untuk bertanya tentang segala kemusykilan yang selama ini berlegar-legar di fikiran.
Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para penceramah jemputan .








