World #QuranHour 2025, Perpustakaan Sultan Badlishah

Merbok, 25 Mac 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah telah menganjurkan Program World #QuranHour bersempena dengan sambutan World #QuranHour yang berlangsung serentak di seluruh dunia pada 24 Ramadan 1446H. Program World #QuranHour 2025 Perpustakaan Sultan Badlishah dilaksanakan secara hibrid (fizikal dan maya) bersempena dengan World #QuranHour yang dijalankan serentak di seluruh dunia pada jam 12.00 tengah hari – 1.00 tengah hari. Alhamdulillah, World #QuranHour berjaya direalisasikan dengan penuh kesyukuran dan penghayatan.

Objektif program ialah menilai sejauh mana hubungan dan interaksi dengan Al-Quran serta kesedaran tentang perlunya kepada Al-Quran, melihat Al-Quran sebagai panduan paling lengkap untuk kehidupan harian dan membentuk perilaku ummah agar amalan membaca Al-Quran diterapkan dan membentuk akhlak yang mulia serta modal insan di dalam diri semua insan.

Bacaan Al-Quran dan tadabbur ini telah dibimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Azrul Iswan Abdull Raman, Pegawai Eksekutif Kanan Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Kedah. Tahun ini, World #QuranHour membawa tema #SavingTheUmmah berpandukan Surah al-Saff (Barisan), mengajak seluruh umat Islam untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham, dan amal. Pihak PSB mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai program ini sama ada secara fizikal mahupun maya. Sokongan dan komitmen warga UiTM Cawangan Kedah amat bermakna dalam menyebarluaskan gelombang al-Quran serta menyemarakkan semangat al-Quran menyatukan kita di seluruh dunia. Semoga usaha ini terus diberkati dan memberi manfaat berpanjangan kepada ummah.

Penulis : Hamidah Mohd, Pembantu Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply