Merbok, 13 Mac 2025 – Program Speed Reading bersama kakitangan UiTM Cawangan Kedah merupakan inisiatif pembudayaan ilmu dan usaha daripada pihak Perpustakaan Sultan Badlishah menyampaikan perkhidmatan perpustakaan kepada kakitangan UiTM Cawangan Kedah.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kakitangan UiTM Cawangan Kedah khususnya dalam menguasai ilmu pengetahuan serta dapat memanfaatkannya disamping mengaplikasikan bacaan pantas ini secara berterusan.




Objektif program kali ini adalah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik bacaan pantas, meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca, menggalakkan pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan dan mengesan kelajuan atau kepantasan bacaan peserta mengikut kadar perkataan per minit.







Sepanjang aktiviti yang dijalankan semasa program.
Pada 13 Mac 2025, pihak Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan Program Speed Reading bersama kakitangan UiTM Cawangan Kedah. Program ini dikendalikan oleh Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan serta kakitangan pembantu Unit Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah. Program ini telah disertai oleh 16 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran.
Penulis : Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan