Merbok, 23 Mac 2025 – Program Pintar Jawi merupakan salah satu program galakkan pembudayaan ilmu yang diadakan dengan matlamat utama untuk menggalakkan dan meningkatkan kefahaman membaca dan menulis bahan ilmiah berbentuk tulisan jawi. Beberapa latihan telah diadakan bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis peserta.

Objektif program ialah meningkatkan kemahiran membaca dan menulis Jawi di kalangan warga UiTM. Secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran tentang warisan budaya serta menanamkan kesedaran tentang pentingnya memelihara dan memartabatkan warisan budaya bangsa melalui penggunaan tulisan Jawi.








Pada 23 Mac 2025, pihak Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan Program Pintar Jawi bersama kakitangan UiTM Cawangan Kedah. Program ini dikendalikan oleh Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan serta kakitangan pembantu Unit Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah. Program ini telah disertai oleh 24 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran. Program ini memberikan impak positif kepada peserta dari segi ilmu pengetahuan baharu mengenai pembacaan dan cara penulisan jawi.
Penulis : Muhamad Azrul Ayob, Pembantu Pustakawan Tertinggi