MELAKA, 07 Rejab 1446H | 07 Januari 2025 (Selasa) – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan daripada Pelajar Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Seramai 7 orang pelajar telah datang membuat lawatan ke Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua pelajar Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka iaitu:
- Mohamad Hfiy bin Halim
- Muhammad Nur Akmal bin Sahak
- Muhammad Rohaizat bin Mohamad Razak
- Nuralya Saqifah binti Firdaus
- Nur Aina Najihah binti Mat Tuah
- Sharafana Aufa binti Sharin
- Ardini Zarifah binti Azman
Semoga melalui lawatan seperti ini ianya dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.


Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah