Merbok, 11 Mac 2025 – Sesi Libat Urus Perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) bersama Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) merupakan inisiatif pihak perpustakaan bersama pihak fakulti/kolej di UiTM Cawangan Kedah dalam memastikan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan dapat disampaikan kepada pihak kolej yang terdiri daripada staf UiTM terutamanya staf akademik. Sesi yang telah dilaksanakan ini memberikan manfaat kepada pihak kolej dari segi penggunaan sumber rujukan dan perkhidmatan perpustakaan, mengenalpasti kekurangan dan cadangan penambahbaikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.




Objektifsesi Meet & Greet ini dilaksanakan adalah seperti berikut memberi pendedahan dan perkongsian mengenai perkhidmatan perpustakaan kepada staf akademik, mengadakan perbincangan bersama pihak kolej/fakulti berkaitan perkhidmatan perpustakaan dan mendapatkan maklum balas / cadangan daripada pihak kolej/ fakulti.





Sesi libat urus ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 11 Mac 2025, Selasa dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Aras 2, Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Perpustakaan bersama Puan Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan Unit Sumber Rujukan Universiti. Seramai 34 orang peserta terdiri daripada Ketua Pusat Pengajian (KPP), Koordinator Program dan pensyarah Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik Dan Matematik (KPPIM) telah menyertai program ini.
Penulis : Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan