Merbok, 14 Januari 2025 – Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib anjuran Unit Arkib Cawangan diteruskan bagi tahun 2025 dengan pelaksanaan siri 2. Siri 2 ini memfokuskan kepada taklimat Format Surat Rasmi UiTM dan perbincangan mengenai tindakan ke atas nota perbincangan yang telah disediakan melalui siri 1 tahun 2024.
Objektif program adalah menyampaikan taklimat berkenaan format surat rasmi UiTM agar PTJ dapat menyediakan surat rasmi mengikut format yang ditetapkan. Mewujudkan perbincangan dan konsultasi secara berkumpulan dengan tujuan membimbing PTJ dalam memahami aspek komponen pengurusan rekod dan arkib.






Unit Arkib Cawangan meneruskan sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Siri 2 bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Sesi bersama BHEP ini dilaksanakan secara beberapa sesi mengikut unit-unit BHEP. Pada tarikh 14 Januari 2025, sesi ini dilaksanakan bersama UPDA, Unit Kebudayaan, Unit Kokurikulum, Unit Kerjaya dan Kaunseling dan Unit Kesihatan, manakala pada tarikh 20 Januari 2025 sesi bersama Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar dan sesi bersama Unit Sukan dilaksanakan pada 21 Januari 2025. Alhamdulillah sesi ini berjaya mengumpulkan kesemua staf BHEP dan semoga sesi yang dilaksanakan ini berjaya mencapai objektif pelaksanaan program.
Disediakan oleh: Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan