Merbok, 13 Januari 2025 – Unit Arkib Cawangan telah menganjurkan satu sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Siri 2 bersama Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Kedah. Sesi ini merupakan kesinambungan daripada sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib yang telah dilaksanakan pada tarikh 22 September 2024 bersama pihak Bahagian Hal Ehwal Akademik.
Objekif adalah menyampaikan taklimat berkenaan format surat rasmi UiTM agar PTJ dapat menyediakan surat rasmi yang mengikuti format yang ditetapkan. Membincangkan mengenai tindakan-tindakan pembetulan yang telah dilaksanakan oleh PTJ berdasarkan kepada perbincangan ketika siri 1 tahun 2024.







Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Siri 2 bersama Bahagian Hal Ehwal Akademik ini telah dijalankan pada tarikh 13 Januari 2025 pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Sesi ini telah dimulakan dengan taklimat berkenaan format surat rasmi UiTM. Melalui sesi ini, PTJ turut bertanyakan pelbagai soalan berkenaan format surat rasmi UiTM memandangkan pihak mereka menerima kehadiran staf-staf baharu sepanjang tahun 2024. Selesai sesi berkenaan format surat rasmi UiTM, sesi petang itu turut membincangkan tindakan-tindakan PTJ berhubung penemuan-penemuan aspek pengurusan rekod ketika siri 1.
Disediakan oleh: Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan