
Merbok, 13 Januari 2025 – Sebagai usaha memastikan pengurusan rekod dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua PTJ di kampus UiTM Cawangan Kedah, pihak Unit Arkib Cawangan telah mengadakan satu program Taklimat Penulisan Dokumen Rasmi UiTM dan Perngurusan Fail Bersama Bahagian Pengurusan Fasiliti.
Objektif program ialah menyampaikan taklimat berkenaan format surat rasmi UiTM agar PTJ dapat menyediakan surat rasmi yang mengikuti format yang ditetapkan. Berkongsi maklumat berkenaan beberapa topik komponen pengurusan fail seperti Klasifikasi Fail, Pewujudan dan Penawanan Fail, Pengurusan Dokumen Terperingkat dan Pelupusan.









Pelaksanaan Program Taklimat Penulisan Dokumen Rasmi UiTM dan Pengurusan Fail Bersama Bahagian Pengurusan Fasiliti telah diadakan pada 13 Januari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Kedah. Sesi ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian BPF dan beliau turut berkongsi mengenai beberapa permasalahan aspek dalam komponen pengurusan rekod yang dihadapi oleh pihak mereka. Sesi perbincangan berlangsung selama 2 jam, Semoga sesi ini dapat membantu pihak berkenaan untuk melaksanakan prosedur pengurusan rekod yang lebih berkesan.
Disediakan oleh: Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan