Tajuk : Kursus ICT Pengenalan kepada Google
Tarikh : 12 Februari 2025
Tempat : Bilik ICT Perpustakaan Al-Bukhari
Pada 12 Februari yang lalu telah berlangsungya kursus ICT Pengenalan kepada Google yang telah dianjurkan oleh PEWANI UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Kursus ICT: Pengenalan kepada Google merangkumi asas penggunaan produk dan perkhidmatan Google seperti Google Search, Gmail, Google Drive, Google Docs, Google Sheets, dan Google Slides. Kursus ini sesuai untuk pemula yang ingin memahami bagaimana memanfaatkan ekosistem Google untuk komunikasi, penyimpanan data, dan produktiviti.
Antara kandungan kursus : Pengenalan kepada Google, Sejarah dan perkembangan Google, Akaun Google, Cara mendaftar dan mengurus, Google Search (Carian Google), Teknik carian berkesan, Penggunaan operator carian Gmail (Emel Google), Cara menghantar dan menerima emel, Pengurusan label dan folder, Ciri keselamatan dalam Gmail Google Drive, Penyimpanan dan perkongsian fail, Tetapan keselamatan dan akses fail Google Docs, Sheets & Slides, Asas penyuntingan dokumen, Perkongsian dan kerjasama dalam masa nyata, Google Calendar & Google Meet, Pengurusan jadual dan peringatan, Menyertai dan menghoskan mesyuarat dalam talian, Keselamatan & Privasi dalam Google. Kursus ini disampaikan oleh Encik Roslan bin Mamat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, UiTM Cawangan Pahang.







Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan