Pada 10 Mac 2025, PTAR Kejuruteraan telah menerima jemputan daripada Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) bagi menyampaikan taklimat perpustakaan kepada Kakitangan Akademik KPK sempena Program Minggu Akademik KPK.
Pihak PTAR telah menyampaikan taklimat Sistem PERMATA PTAR dan Portal eBook sebagai pengisian kepada slot taklimat PTAR Kejuruteraan.
Bertempat di Dewan Kuliah B, Aras 6, Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, seramai enam orang staf PTAR yang terlibat. Antara staf PTAR yang terlibat ialah :
- Puan Aznur Umiza Binti Abu Kassim – Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Bahagian Sumber Rujukan Universiti
- Puan Adlina Binti Abdullah – Timbalan Ketua Pustakawan, Bahagian Perpustakaan Digital
- Puan Masnida Hanim Binti Che Mahmood – Pustakawan Kanan, PTAR Kejuruteraan
- Encik Mohd Hazrul Bin Mohd Hussin – Pustakawan Kanan, PTAR Sains & Teknologi
- Puan Nor Hafizah Binti Md Hanafiah – Pustakawan Kanan, Bahagian Sumber Rujukan Universiti
- Encik Mohd Fitri Bin Ruslan _ Pembantu Pustakawan Tertinggi, PTAR Kejuruteraan
Di harap kerjasama sebegini akan terjalin lagi di masa akan datang.




