CERAMAH IBADAH MANTAP, JIWA SEJAHTERA: MENCARI KEBERKATAN RAMADAN

10 MAC | Ceramah penuh manfaat telah diadakan dengan tajuk “Ibadah Mantap, Jiwa Sejahtera: Mencari Keberkatan Ramadan”. Ceramah yang disampaikan oleh Dr Mohd Nazri b. Mat Zin, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari mengupas kepentingan memperkukuh ibadah, memperbaiki akhlak, dan mencari keberkatan di bulan penuh rahmat ini.

Antara intipati ceramah termasuklah kelebihan solat sunat, keutamaan membaca al-Quran, adab bersahur dan berbuka, serta pentingnya menjaga hubungan sesama manusia demi mencapai keberkatan hidup.

Kehadiran peserta amat memberangsangkan dan reaksi yang diterima sangat positif. Program ini juga membuka ruang kepada sesi soal jawab yang bermanfaat serta menyemai semangat ukhuwwah sesama hadirin.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi bagi memupuk budaya ilmu dan kesedaran ibadah dalam kalangan warga UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu

Disediakan oleh:  Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply