Perpustakaan UiTM raih 7 anugerah di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi Kualiti UiTM 2024

Kejayaan merangkul 7 anugerah sempena Majlis Kemuncak Bulan Inovasi Kualiti UiTM 2024 telah melakar kenangan manis buat warga Perpustakaan UiTM. 

Menerusi majlis yang baharu sahaja diadakan di Dewan Agung Tunku Canselor, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah merangkul 6 anugerah manakala 1 anugerah diraih Perpustakaan UiTM cawangan Melaka. 

7 anugerah tersebut adalah: 

  1. Juara Kategori Bahagian/Pusat/Unit
  2. Kategori Kriteria Kepimpinan 
  3. Kategori Bidang Tumpuan Penyampaian Perkhidmatan 
  4. Saguhati Pengurusan Teks Penuh Bahan Harta Intelek UiTM 
  5. Saguhati Pengurusan Bakat Staf PTAR
  6. Poster Terbaik Pengurusan Bakat Staf PTAR 
  7. Johan Kumpulan C-Lite (Perpustakaan UiTM cawangan Melaka). 

Dalam majlis yang sama, seramai 9 orang staf perpustakaan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2023 seperti nama berikut: 

  1. Remie Salleh Udin – Pembantu Pustakawan Kanan 
  2. Ja’amayah Kosnan – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
  3. Mohd Alfarabie Mohd Nasir – Pustakawan Kanan 
  4. Herman Tanbeh – Pembantu Pustakawan Kanan
  5. Mohd Adib Mohd Muhsin – Pembantu Pustakawan Kanan
  6. Wan Nur Syuhada Wan Adnan – Pembantu Pustakawan 
  7. Abdul Halim Mohd Daud – Pembantu Pustakawan Tertinggi
  8. Kamarulazlan Mohamad – Pembantu Pustakawan Kanan
  9. Nik Zatihulwani Jamaludin – Pustakawan Kanan 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply