CERAMAH IBADAH MANTAP, JIWA SEJAHTERA: MENCARI KEBERKATAN RAMADAN

10 MAC | Bersempena dengan bulan Ramadan 1446H, Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Perpustakaan Tengku Anis telah mengadakan Ceramah bertajuk “Ibadah Mantap, Jiwa Sejahtera: Mencari Keberkatan Ramadan” bertempat di Dewan Latihan, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu.

Ceramah yang disampaikan oleh Dr Mohd Nazri b. Mat Zin, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari untuk memberi penghayatan dan mengupas kepentingan memperkukuh ibadah, memperbaiki akhlak, dan mencari keberkatan di bulan penuh rahmat ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna.

Disediakan oleh:  Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply