SELAMAT DATANG PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

4 Mac 2025: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menerima kedatangan 4 orang pelajar Diploma Pengurusan Maklumat dan Diploma Informatik Perpustakaan dari Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Kedah bagi mengikuti latihan industri selama satu bulan.

Latihan Industri mereka bermula dari 10/2/2025 hingga 04/04/2025. PTAR UiTM Cawangan Perak berbesar hati menerima kehadiran mereka bertiga untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kepustakawanan. PTAR mengucapkan selamat menjalani latihan industri dengan jayanya.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply