26 Februari | RABU – Hari ini, Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi membincangkan peluang kerjasama dalam menganjurkan program secara bersama. ![]()
Lawatan ini membuka ruang perbincangan mengenai inisiatif bersama dalam penganjuran seminar, bengkel keilmuan, serta perkongsian sumber maklumat bagi manfaat komuniti akademik dan masyarakat. Diharapkan jalinan ini dapat mengukuhkan hubungan strategik dalam memperkasa ilmu dan warisan keislaman di Kelantan.








Disediakan oleh: Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu