Daurah Ihsan Tasqif Januari 2025

18 Februari 2025: Program Daurah Ihsan Tasqif bagi bulan Januari telah diadakan di Ruang Library Community Engagement, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Program ini bermula pada jam 8.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu kebesaran negeri Perak diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara. Majlis ini diadakan secara langsung dan turut disiarkan melalui saluran YouTube UiTM Perak Channel bagi memastikan lebih ramai warga universiti dapat mengikuti program ini secara dalam talian.

Program ini telah disertai oleh pengurusan eksekutif yang diketuai oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Nurhisham Ibrahim, PMP yang Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Perak, Barisan Pengurusan dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak. Turut hadir ialah Ketua Polis Bantuan UiTM Cawangan Perak, YDH ASP/PB Mohd Izani bin Daud bersama anggota bertugas bagi memberikan sokongan serta memeriahkan lagi acara. Aktiviti ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman mengenai nilai ihsan dalam kehidupan seharian serta menanam semangat patriotisme dalam kalangan warga universiti.

Lafaz Ikrar Rukun Negara telah disempurnakan oleh KPL/PB Meor Shahrifudin bin Badri Shah dari Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawngan Perak. Lafaz ikrar ini mencerminkan komitmen warga UiTM dalam menghayati prinsip Rukun Negara serta memupuk semangat cintakan negara. Program ini berakhir dengan sesi perbincangan dan perkongsian ilmu yang bermanfaat menjadikan satu platform berkesan dalam mendidik dan membentuk sahsiah mahasiswa ke arah kecemerlangan menyeluruh.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply