BENGKEL “SPEED READING”

19 FEBRUARI 2025 | RABU – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Kota Bharu telah menganjurkan Bengkel “Speed Reading” yang disertai oleh staf dari Unit Hal Ehwal Akademik. Perkongsian bagi bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Rosmariyati Ab Rahman, Pustakawan Kanan PTAKKB dan dibantu oleh staf PTAKKB.

Antara objektif program adalah untuk memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik-teknik bacaan pantas, menggalakkan pembacaan dalam kalangan peserta dan mengesan kelajuan atau kepantasan bacaan peserta mengikut kadar perkataan per minit.

Disediakan oleh:  Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply