3 Februari 2025 : Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak ( PTAR) telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod bersama Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar pada 4 Disember 2024. Program ini diadakan selaras dengan hala tuju Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2024 yang menetapkan sasaran PI 2: Bilangan Libat Urus Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Sesi Libat Urus ini melibatkan perjumpaan dan perundingan secara bersemuka dengan Unit Kokurikulum bagi mengenal pasti cabaran serta keperluan dalam pengurusan rekod, arkib dan galeri. Pihak Unit Arkib Cawangan telah memberikan penerangan menyeluruh mengenai kaedah terbaik dalam pengurusan maklumat rasmi, pemeliharaaan dokumen penting serta langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil bagi meningkatkan kecekapan pengurusan rekod di PTJ. Sesi ini juga berperanan dalam meningkatkan kesedaran warga universiti mengenai kepentingan pengurusan rekod yang sistemetik dan teratur.
Pihak PTAR berharap melalui Sesi Libat Urus ini PTJ dapat mengaplikasikan kaedah terbaik dalam pengurusan rekod untuk menyokong keperluan operasi serta pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan. Perpustakaan bekerjasama dengan PTJ dalam memastikan sistem pengurusan rekod yang lebih cekap dan berkesan.
Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar