Bicara Bersama Pakar : Awareness Talk on Financial Planning ( Perkongsian Kepentingan Perancangan Kewangan)

Pada 31 Disember 2024 (Selasa), Perpustakaan Cendekiawan dengan kerjasama Unit Pentadbiran UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu telah menjalankan program Bicara Bersama Pakar yang bertajuk Awareness Talk on Financial Planning ( Perkongsian Kepentingan Perancangan Kewangan). Program ini dilaksanakan di Dewan Lestari, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan secara atas talian (Youtube Perpustakaan) bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari yang dikendalikan oleh Cik Tengku Alia, pelajar latihan industri Perpustakaan Cendekiawan. Penceramah jemputan Bicara Bersama Pakar ialah Mr. Toh Seng Khim merupakan Konsultan Perakauanan yang berkhidmat di Kelvin Tan & Associate.

Perkongsian ini bermula dengan pengenalan diri beliau yang bermula dari bawah sebelum terlibat dalam bidang perakauanan atau pengurusan kewangan. Beliau memberi penerangan mengenai cara perancangan kewangan dengan lebih mudah tetapi mendapat faedah yang berpanjangan. Selain itu, pelbagai teknik turut dikongsi cara perbelanjaan yang betul tanpa membuat pembaziran perbelanjaan tanpa sedar. Ia juga menerangkan bahawa perbelanjaan perlulah seimbang dengan kewangan dimana perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.

Program ini turut menjemput sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Panji Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong.

Program yang dijalankan selama dua jam mendapat maklumbalas yang baik dari peserta dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada peserta terutamanya pelajar sekolah.

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply