Program Sembang Muamalat: Mata Wang Kripto

Pada 5 Disember 2024, bertempat di Sudut AZKA @ Library Community Engagement, Akademi Pemikiran Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama Perpustakaan Cendekiawan Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah menganjurkan Program Sembang Muamalat Siri 2 dengan topik Mata Wang Kripto. Program ini berlangsung dari jam 2.15 petang hingga 3.30 petang dan melibatkan 163 orang pelajar UiTMCT.

Mata wang kripto adalah mata wang digital atau maya yang menggunakan teknologi kriptografi dan beroperasi secara desentralisasi melalui sistem rantaian blok (blockchain). Ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa seperti bank atau kerajaan dan digunakan untuk transaksi digital, pelaburan, dan pemindahan wang antarabangsa.

Contoh terkenal termasuk Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH). Mata wang ini menawarkan keselamatan dan ketelusan tinggi, tetapi turut menghadapi cabaran seperti ketidaktentuan harga dan isu undang-undang di sesetengah negara. Mata wang kripto semakin mendapat perhatian sebagai alternatif dalam sistem kewangan moden.

Penceramah jemputan, Ustazah Najihah Muhammad, Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Penjanaan Kolaborasi Akademik, Jaringan Industri dan Komuniti ACIS, telah menyampaikan penjelasan mengenai topik ini dengan terperinci untuk kefahaman semua peserta yang hadir.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply