Pada 13 November 2024, Perpustakaan Al-Bukhari telah menerima kunjungan istimewa daripada pelajar-pelajar cemerlang SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cedung Jaya, Maran, Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, Chenor dan SMA Al Mahmudi, Maran.
Lawatan ini adalah kesinambungan daripada program FLY HIGH WITH UiTM anjuran Unit Kepimpinan Pelajar. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada para pelajar tentang pentingnya budaya membaca serta memperkukuh pengetahuan mereka dalam bidang-bidang yang diminati. Setibanya di perpustakaan, para pelajar diberikan taklimat ringkas mengenai kemudahan dan koleksi buku yang disediakan di perpustakaan.
Mereka kemudian dibawa melawat bahagian-bahagian perpustakaan, termasuk Koleksi Rujukan, Koleksi Bacaan Umum, dan Bahagian Teknologi Maklumat. Lawatan ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka koleksi buku akademik serta bacaan umum yang sesuai untuk persediaan mereka dalam bidang pengajian tinggi. Terima kasih kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM serta pihak sekolah kerana memilih Perpustakaan Al-Bukhari sebagai destinasi lawatan ilmiah. Kami berharap lawatan ini dapat memberikan inspirasi kepada pelajar untuk terus maju dan berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.
Lawatan ini dapat menyokong SDG 4 : Quality Education yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan