Friday Food Sharing@ PAB

Tajuk : Friday Food Sharing@ PAB

Tarikh : 18 Oktober 2024

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Perpustakaan Al- Bukhari UiTM Cawangan Pahang

Program “Friday Food Sharing@ PAB” telah berlangsung pada pagi ini di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.

Ini merupakan inisiatif pihak Perpustakaan Al-Bukhari dalam menyantuni mahasiswa yang hadir untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan. Makanan dan minuman telah disumbangkan oleh pihak PAB dan orang perseorangan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang memerlukan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa. Terima kasih kepada semua penyumbang dalam & luar UiTM Jengka Pahang yang telah bermurah hati menyumbang kepada program ini.

Didoakan semoga dilimpahkan rezeki tuan/puan. Bagi pihak yang mahu berkongsi rezeki di pagi Jumaat yang barokah ini, sumbangan anda amatlah dialu-alukan. Program ini juga secara tidak langsung dapat menyokong SDG 2 : Zero Hunger.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply