14 Jamadilakhir 1446H | 16 Disember 2024 (Isnin) – Unit Arkib Cawangan (UAC), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan enam (4) orang pelajar Diploma Pengurusan Maklumat (CDIM110), UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau iaitu:
- Mohamad Asyraf bin Mohd Razali
- Muhammad Sazaril bin Shahrul Hidayan
- Muhammad Syukri bin Alfian
- Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad
Lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui keseluruhan berkaitan dengan hal ehwal Pengurusan Rekod Universiti dan hal ehwal pengurusan arkib di Unit Arkib Cawangan Melaka. Selain itu, mereka juga berhasrat mendapatkan maklumat mengenai sistem yang digunakan oleh Unit Arkib Cawangan Melaka bagi menjalankan proses kerja pengurusan rekod dan arkib.
Sesi lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat mengenai pengenalan dan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dan hal ehwal Unit Arkib Cawangan Melaka yang disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Seterusnya, sedikit kata aluan dari Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan wakil pelajar iaitu Saudara Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad. Sesi ini diakhiri dengan sesi lawatan di sekitar Unit Arkib Cawangan Melaka bagi melihat koleksi-koleksi yang dipamerkan dan ruang-ruang yang ada di Unit Arkib Cawangan Melaka.
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pautan Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS6drQPJ9/
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah